Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan membentangkan rangka kerja berkaitan piawaian dan analisis pengangkutan awam kepada Kementerian Pengangkutan dalam tempoh enam bulan akan datang.<br /><br />Menurut Ketua Pusat Kecemerlangan Industri Pengangkutan Rel (ICOE-Rel) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof Dr Khalid Hasnan, ini bagi membantu memperkasa pengangkutan awam di bandar sekaligus mengurangkan gangguan teknikal berkaitan perkara tersebut.